Cari Dengan Muka
Cari gambar anda dengan teknologi pengecaman muka yang pantas dan tepat.
BinaSini Foto ialah platform tempatan yang menghubungkan
jurugambar dengan mereka yang ingin mencari dan membeli
gambar dengan mudah, cepat dan selamat.
Kami melihat ramai jurugambar mengambil ribuan gambar di acara sukan, jalan raya,
konvoi, majlis dan pelbagai aktiviti. Pada masa yang sama, ramai orang sukar mencari
gambar mereka sendiri di antara ribuan gambar.
BinaSini Foto diwujudkan untuk memudahkan proses ini. Kami menyediakan platform
yang ringkas dan mesra pengguna — daripada upload, cari, pilih, bayar dan download.
Mencari gambar kini lebih mudah dan menyeronokkan.
Cari gambar anda dengan teknologi pengecaman muka yang pantas dan tepat.
Hanya masukkan nombor larian dan temui gambar anda dengan mudah.
Terokai album daripada jurugambar berbakat dengan identiti dan gaya mereka sendiri.
Pilih gambar kegemaran anda, lengkapkan pembayaran dan muat turun dalam resolusi tinggi mengikut pilihan.
Bina galeri sendiri, cipta identiti jenama,
upload album, tetapkan harga gambar
dan kongsi kepada dunia. BinaSini Foto
memberi ruang kepada jurugambar
untuk berkembang dan menjana
pendapatan daripada karya mereka.
Terokai pelbagai pilihan gambar daripada komuniti jurugambar kami.
Sama ada anda peserta larian, peminat kereta, tetamu majlis atau sekadar melalui suatu tempat yang menarik, BinaSini Foto membantu anda mencari semula detik tersebut dengan mudah dan pantas.
Kami menghormati karya setiap jurugambar. Gambar yang dipaparkan dilindungi dengan watermark pada paparan album, dan fail bersih tanpa watermark hanya diberikan selepas pembelian mengikut pilihan yang tersedia. Hak cipta kekal milik jurugambar.